0

RESDUNG / JERAWAT / GATAL-GATAL DI PIPI



"Tanda-Tanda Menghidap Resdung Hidung selalu tersumbat  Lendir dari hidung dan tekak  Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata  Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang  Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan  Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya Jerawatdi wajah dan belakang badan Punca Resdung Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi Menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. "
INI ADALAH HURAIAN DARIPADA RAKAN - RAKAN BLOGGER.

Pada aku resdong ini merupakan penyakit yang gatal - gatal di tepi hidung dan pipi. Sememangnya resdong ini sangat membuatkan aku tidak selesa.
Pendapat pertama aku mungkin disebabkan aku kebelakangan ini suka menaiki motorsikal. Ini mungkin disebabkan habuk dan asap yang hinggap ke muka ketika membawa motor.
Cara mengatasinya (pada pemikiran aku) mencuci muka dengan mengguna skrub muka disebelah malam sebelum tidur.
Skrub muka hanya boleh digunakan sekali setiap minggu.
Akan tetapi untuk menghilangan gatal-gatal di pipi ini aku menggunakan selang sehari.
Kaedah cuba jaya ini diteruskan sehingga seminggu dan hasilnya tidak berjaya.
Pada pemikiran aku, resdong ini mungkin datang dari faktor luaran dan dalaman.
Faktor luaran mungkin seperti habuk dan asap manakala faktor dalaman seperti pemakanan dan kuman .
Resdong pada aku ialah gatal - gatal di pipi dan hidung dan bukan selsema seperti sesetengan orang.
Andaikata mengambil ubat di klinik atau di farmasi , paling kuat aku akan diberi ubat selsema ( pada pendapat aku).

Dipendekkan cerita , minggu lepas ketika berjalan-jalan di MYDIN MALL Sungai Petani.
Aku terjumpa ubat RESDONG dari produk Orang Kampung .
Ia mengandungi 90 biji dan cara makan adalah 2 biji 2 kali iaitu pagi dan malam.
Alhamdulillah , selepas seminggu menggunakan ubat ini akhirnya masalah aku dapat diselesaikan.
Dan kini aku masih mengambilnya bila perlu sahaja.


Nota : sebelum ini aku pernah membeli produk resdung secara online dan harganya tidak murah.
Dan selepas menggunakan produk tersebut , penyakit asma terus datang . Dan aku terus memberhentikan penggunaan produk itu.
Dan nama produk itu tidak dapat aku beritahu disini.
 
Copyright © cantik kurus sihat